Pakatan Harapan Hanya Cetuskan Perpecahan Di Kalangan Orang Melayu
Written By aku on Sunday, 17 January 2016 | 11:11 am
KUALA LUMPUR, 15 Jan – Pakatan Harapan yang menggabungkan PKR, Dap dan parti AMANAH tidak mampu untuk memperjuangkan kedudukan orang Melayu dan agama Islam di negara ini, kata Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee.
Sebaliknya ujar beliau, pakatan tersebut terutama PKR dan Dap bertanggungjawab mencetuskan perpecahan di kalangan orang Melayu apabila mereka diumpan dengan pelbagai propaganda politik bersifat perkauman.
“Sejak ditubuhkan, PKR tidak memperdulikan kepentingan Melayu manakala Dap pula, sebuah parti rasis yang sentiasa meragui dan mempertikaikan kedudukan orang Melayu di negara ini,” tegasnya dalam entri terbaru di umnobahagiancheras.blogspot.com.
Malah katanya, jurang perpecahan orang Melayu dan umat Islam semakin ketara berpunca daripada percaturan politik pembangkang yang terlalu gilakan kuasa dengan sanggup mempermainkan sentimen kaum dan agama.
“Pakatan Harapan tidak ada kaitan dengan perjuangan orang Melayu, gabungan tesebut merupakan ikatan politik yang terlalu rapuh sekadar untuk meraih kuasa,” katanya.
Justeru tegas beliau, pendekatan pakatan tersebut untuk mengetengahPanPKRDapkan isu membabitkan
kepentingan orang Melayu dan umat Islam menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 hanya gimik politik untuk menarik perhatian umum.
Syed Ali menjelaskan demikian bagi menyangkal kenyataan Setiausaha Agung PKR, Rafizi Ramli bahawa pendekatan tersebut perlu dilakukan pembangkang kerana orang Melayu sudah hilang kepercayaan terhadap UMNO.
“Baru hari ini pembangkang terutama PKR bercakap soal kepentingan Melayu, bermakna pembangkang sudah sedar betapa orang Melayu hanya memusatkan sokongan mereka kepada UMNO, selaku parti pemerintah,” tegasnya.
Tegas beliau lagi, UMNO sejak mula ditubuhkan telah meletakkan kedudukan dan masa depan orang Melayu sebagai teras perjuangan manakala syariat Islam tetap dipertahankan.
“Kerana asas dan keyakinan itu, UMNO sehingga ke hari ini tetap menjadi sebahagian daripada tatacara dan budaya hidup orang Melayu, UMNO sudah mendarah daging dalam kehidupan orang Melayu,” tegasnya.
Dalam satu forum “Mampukah Parti Pembangkang Memenangi Undi Melayu Pada PRU ke-14′ anjuran kumpulan pro-pembangkang di Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini, Rafizi yang juga Naib Presiden PKR berkata Pakatan Harapan berikrar berterus terang mengetengahkan isu berkaitan kedudukan orang Melayu dan agama Islam kerana mengakui pada PRU ke-13 isu tersebut tidak diberikan perhatian oleh pembangkang.
Turut hadir pada forum tersebut ialah Ahli Parlimen Serdang, Ong Kian Ming (Dap), Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad (AMANAH) dan bekas Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Saifuddin Abdullah yang kini menyertai PKR.
Labels:
Politik