Home » » Tahun 2016 genap 18 tahun gadis ini koma.

Tahun 2016 genap 18 tahun gadis ini koma.

Written By aku on Wednesday, 20 January 2016 | 11:15 pm


BACHOK: Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Suzaini, 25, anak sulong Pn Maziah telah terlibat dalam kemalangan semasa berumur 7 tahun iaitu pada tahun 1998 lalu menyebabkan dia koma sehingga kini..

Anak sulung daripada 5 adik beradik ini kini hanya membesar atas katil khas yang menggunakan kuasa elektrik, dijaga dan diurus oleh ibu dan adiknya Suhaini.

Beliau hanya bergantung hidup dengan minum susu khas menggunakan tiub dan jika handak dimandikan dia akan diusung dari katil ke bilik mandi yang agak jauh dari bilik.

Bapanya hanya seorang pengawal keselamatan dan membuat kerja sambilan dengan menjual barang keperluan harian di dalam sebuah pondok kecil..

Kos keperluan untuk menguruskan Suzaini adalah menjangkau RM1300 sebulan termasuk lampin dewasa, susu khas dan lain-lain.

Tilam Elektrik telah 7 kali ditukar sejak 17 tahun lalu di mana setiap satu beharga RM1000..

1 kali disumbangkan oleh Yayasan Orang Kurang Upaya
1 kali oleh Dato Awang Adek
5 kali terpkasa tukar sendiri

Mereka telah pun menerima bantuan dari JKM sebanyak RM300 sebulan.

Menurut Pn Maziah(ibu) beliau telah cuba meminta bantuan dari beberapa pihak untuk membina sebuah bilik khas untuk anaknya yang mempunyai bilik air tetapi gagal.

Bilik berkenaan adalah untuk memudahkan mengurus Suzaini tanpa perlu mengusung jauh ke tandas sedia ada selain risau anggota badannya terlalu banyak digerakkan semasa ke bilik air.

Jika ada pihak yang sudi membantu untuk memberi dana membina bilik khas untuk insan malang ini boleh berhubung dengan Pn Maziah di talian 017 923 3635.

Bagi mereka yang ingin memberikan sumbangan kewangan boleh salurkan ke.

1530 8311 0225 Maybank
Maziah Jusoh

Setiap sumbangan anda amatlah dihargai, hari ini orang susah kita bantu, mana tahu nanti kita susah InsyaAllah pasti ada yang membantu.

"Together We Help"
Laporan: Skuad KELLS Kelantan Untuk maklumat lanjut: Kelab Kebajikan & Sukarelawan Sosial - KELSS

Share this article :
 
Support : Creating Website | Besut GegerTemplate | Mas Template
Copyright © 2011. Besut Geger - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Besut Geger
Proudly powered by Blogger