Home »
Kemalangan
» Pelajar UMS maut, enam cedera bot terbalik
Pelajar UMS maut, enam cedera bot terbalik
Written By aku on Wednesday, 9 August 2017 | 1:14 am
KUALA BESUT - Seorang penuntut Universiti Malaysia Sabah (UMS) maut selepas bot yang dinaiki bersama 15 pelajar lain terbalik berdekatan muara Kuala Besut, tengah hari tadi.
Mangsa, Nurnasibah Husna Ibrahim, 21, dari Kampung Alor Pasir, Pasir Putih, Kelantan maut selepas terperangkap di dalam bot yang terbalik manakala lebih enam penumpang lain cedera.
Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Mohd Zamri Mohd Rowi berkata, ketika kejadian kira -kira jam 12.15 tengah hari itu, bot pelancong terbabit membawa muatan kumpulan pelajar terbabit dari Pulau Perhentian untuk pulang ke jeti Kuala Besut.
Menurutnya, sebelum kejadian dipercayai bot laju itu mengalami masalah teknikal di bahagian kawalan enjin, menyebabkannya hilang kawalan dan terbalik.
"Kejadian berlaku berhampiran perairan Pulau Rhu kira -kira 5 kilometer sebelum sampai ke jeti Kuala Besut," katanya.
Mohd Zamri berkata, mangsa yang terselamat diselamatkan oleh beberapa bot lain, manakala Nurnasibah Husna dipercayai lemas selepas terperangkap di bawah bot yang terbalik.
Menurutnya, mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Besut untuk bedah siasat manakala pelajar yang cedera dihantar ke Unit Kecemasan hospital sama.
Difahamkan, kesemua pelajar terlibat dalam perjalanan pulang dari Pulau Perhentian selepas selesai menghadiri satu program di situ.
Program tersebut melibatkan pelajar daripada pelbagai universiti awam seluruh negara.
Labels:
Kemalangan