Home »
» Tengkorak ditemui di Pulau Perhentian Kecil
Tengkorak ditemui di Pulau Perhentian Kecil
Written By aku on Thursday, 24 August 2017 | 10:21 am
KUALA BESUT- Orang awam yang melalui denai hutan dekat Pasir Panjang, Pulau Perhentian Kecil terkejut apabila menemui satu tengkorak manusia di kawasan hutan tersebut kira -kira jam 4 petang semalam .
Ketua Polis Daerah Besut Superintendan Mohd Zamri Mohd Rowi berkata, penemuan itu kemudian dimaklumkan kepada pihak polis dan sejurus selepas itu sepasukan polis pergi ke tempat kejadian.
Menurutnya, pemeriksaan di tempat kejadian turut menjumpai sepasang kasut dan masing -masing satu beg galas dan cermin mata.
"Tengkorak tersebut kemudian dibawa ke Hospital Besut untuk bedah siasat, " katanya.