Home »
Kemalangan
» Pekerja kilang papan maut dirempuh lori pasir
Pekerja kilang papan maut dirempuh lori pasir
Written By aku on Thursday, 24 August 2017 | 10:18 am
BESUT – Seorang pekerja kilang papan maut selepas motosikal yang ditungganginya dirempuh sebuah lori pasir dalam kemalangan di simpang empat Kampung Gong Medang, dekat sini petang semalam.
Dalam kejadian jam 4.11 petang itu, mangsa, Kamarulzaman Kamarudin, 44, dari Kampung Golok, Semerak, Pasir Putih, Kelantan maut ditempat kejadian akibat cedera parah dibeberapa bahagian badan.
Ketua Polis Daerah Besut, Superintendan Mohd Zamri Mohd Rowi berkata, kejadian berlaku ketika mangsa dalam perjalanan pulang ke rumahnya selepas waktu kerja.
Menurutnya, kejadian dipercayai berlaku apabila sampai di tempat mangsa meneruskan perjalanan tanpa berhenti di persimpangan itu dan pada masa sama datang sebuah lori dari arah Gong Kepas telah bahagian rusuk kiri motosikal ditunggang mangsa.
"Mangsa tercampak manakala motosikal berada di bawah lori dan mangsa mmeninggal dunia di tempat kejadian," katanya.
Labels:
Kemalangan