Home » » Ajal ketika lintas jalan

Ajal ketika lintas jalan

Written By aku on Monday 16 December 2013 | 10:07 am


KUCHING – Seorang warga emas maut selepas dilanggar sebuah van di Jalan Tunku Abdul Rahman, dekat Jambatan Datuk Patinggi Haji Abdul Rahman, pagi tadi.
Dalam kejadian itu mangsa, Leman Awi, 67, seorang pengawal keselamatan di Hospital Umum Sarawak (HUS) meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian kepala.
Wartawan dan jurugambar Bernama yang tiba di tempat kejadian 10 minit selepas kemalangan itu difahamkan, Leman yang berasal dari Kampung Moyan Laut, Asajaya dan kini tinggal di Kota Samarahan, dipercayai baru sahaja membeli sayur-sayuran dan buah-buahan di Medan Niaga Satok, sebelum melintas jalan untuk pulang, menurut sumber Bernama.
Menurut saksi kejadian, mangsa dilihat melintas jalan yang mempunyai tiga lorong itu, sebelum dilanggar sebuah van ketika berada di lorong paling kanan menyebabkan mangsa terpelanting kira-kira 50 meter.
Menurut jurucakap polis di tempat kejadian, pemandu van ditahan untuk siasatan.
Share this article :
 
Support : Creating Website | Besut GegerTemplate | Mas Template
Copyright © 2011. Besut Geger - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Besut Geger
Proudly powered by Blogger