Home » » Yuna ‘Mengamuk’ Gara-Gara Sebuah Artikel?

Yuna ‘Mengamuk’ Gara-Gara Sebuah Artikel?

Written By aku on Monday, 16 December 2013 | 10:17 am

Gara-gara sebuah artikel dalam sebuah akhbar hari ini, penyanyi antarabangsa, Yuna telah meluahkan perasaannya yang dianggap sebagai sebab utama kenapa lagu Dwihati nyanyiannya bersama Aizat Amdan tidak tersenarai sebagai finalis Anugerah Juara Lagu ke-28 yang akan diadakan pada 29 Januari depan.
Menerusi artikel itu, Ketua Juri, Ramli M.S seakan menyalahkan prestasi vokal Yuna yang dikatakan ‘sumbang’ ketika mempersembahkan nyanyiannya pada minggu separuh akhir Muzik-Muzik yang diadakan pada bulan lepas.
Antara kenyataan Ramli termasuklah beliau mengakui memang ada berlaku masalah teknikal dan ia turut diakui TV3 tetapi jelasnya, sebagai penyanyi, apatah lagi sudah ada pengalaman dan bertaraf antarabangsa, Yuna seharusnya tahu apa harus dilakukan.
Mungkin selepas membaca artikel tersebut, Yuna yang kini berada di Amerika terus ‘mengamuk’ di laman Twitter dengan mengatakan, “itu bukan merupakan masalah teknikal, monitor dalam keadaan baik. Kami sebagai penyanyi hanya mengikut arahan pemuzik. Kami sudah mencuba yang terbaik untuk lagu itu”.
“Saya tak faham kenapa isu ini perlu dibangkitkan, kami terima keputusan (tidak tersenarai sebagai finalis). Tapi untuk menyalahkan saya sepenuhnya, itu adalah tidak patut. Saya berada di situ pun untuk membantu (Aizat),” luahnya lagi.
Betul juga kata Yuna tu, mereka sudah pun terima keputusan itu, tak pasal-pasal pihak lain pula cuba mengungkit kembali kenapa lagu Dwihati tidak tersenarai, sedangkan lagu tersebut dilihat bakal memberi saingan hebat kepada finalis-finalis lain.
Selain Yuna, Aizat juga dilihat menulis di Twitternya sebagai respons kepada isu tersebut.
Aizat menyatakan kesilapan berpunca apabila band memulakan muzik dengan nota muzik yang salah sehingga mengelirukan Yuna dan dirinya sendiri pada ketika itu.
Walau bagaimanapun, Aizat dilihat enggan memanjangkan cerita kerana tidak mahu menuding jari kepada mana-mana pihak berhubung isu tersebut.
--mynewshub
Share this article :
 
Support : Creating Website | Besut GegerTemplate | Mas Template
Copyright © 2011. Besut Geger - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Besut Geger
Proudly powered by Blogger