Home » » MB Terengganu terus sentuh hati rakyat

MB Terengganu terus sentuh hati rakyat

Written By aku on Monday, 16 December 2013 | 10:22 am


Masa air naik bukan main menderu-deru lagi pemimpin-pemimpin politik datang meredah banjir. Ada sesetengah tu yang sanggup berdiri dalam air, semata-mata untuk gambarnya diambil dan kemudian disiarkan di dalam media Internet dan cetak agar dilihat mengambil berat tentang mangsa-mangsa banjir.
Dan ada sesetengahnya tu seperti Ahli Parlimen Kuantan, bergegas pulang ke kawasan masing-masing selepas teruk dihentam kerana meninggalkan kawasan sewaktu penduduk berhadapan musibah banjir kemudian mengaku dia dah sampai dulu walaupun bukti-bukti menunjukkan dia tidak berada pun di
Kuantan, malah dia sendiri tinggal di Kuala Lumpur.
Antara pemimpin yang tiba-tiba mendapat publisiti adalah Menteri Besar Terengganuyang tidak sahaja meninggalkan Persidangan Agung UMNO di PWTC dari hari pertama lagi, kemudian melakukan kejutan menerusi tindakannya mengarahkan lori roti memunggah dan membahagi-bahagikan roti kepada pengguna jalanraya di Kuala Lipis yang tersekat dalam banjir dan dalam kelaparan.
teruDi sebalik pelbagai kecaman yang dilemparkan kepadanya, ternyata Menteri Besar Terengganu itu benar-benar memperlihatkan tanggungjawabnya mengambil berat hal rakyat. Sudahlah sepanjang air naik, badannya tidak sempat kering kerana kesibukannya meredah air dan melawat dari satu pusat pemindahan ke satu pusat pemindahan yang lain, ternyata tugas tersebut bersambung pula selepas banjir reda.
Bersama-sama isterinya, Datin Seri Norliza Mahmud, Mat Said dan masyarakat Sungai Tayor serta 960 sukarelawan dari seluruh Malaysia, membanting tulang membersihkan Sekolah Kebangsaan Sungai Tayor yang dilanda banjir baru-baru ini.
Menariknya, laki bini boleh pulak ambil tugas tanpa perlu bersilang penyapu dan batang mop macam yang dilakukan oleh Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia dan juak-juaknya di Sungai Isap Murni beberapa hari lepas.
Rakyat Terengganu seharusnya bersyukur kerana Allah Taala melantik seorang Menteri Besar dari kalangan mereka sendiri yang mampu merasai denyut nadi rakyat. Biarpun tidak pandai berucap dan kerap kali digambarkan sebagai gedebe, tetapi amanah serta tanggungjawab yang dijalankannya, jauh lebih berharga berbanding cakap dan janji berdegar-degar tetapi kononnya tolong mangsa banjir, seluar dan kasut pun tak basah, menurut sumber Malaysia Instinct.
Share this article :
 
Support : Creating Website | Besut GegerTemplate | Mas Template
Copyright © 2011. Besut Geger - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Besut Geger
Proudly powered by Blogger