Home » » Dua maut kemalangan lori

Dua maut kemalangan lori

Written By aku on Wednesday, 25 December 2013 | 5:28 pm


KAMPAR: Dua lelaki maut selepas lori yang dipandu kedua-dua mereka terbabit dalam kemalangan di Kilometer 300.4 Lebuhraya Utara Selatan, menghala ke utara, dekat Gopeng, di sini, pagi tadi.

Dalam kejadian pada jam 9.15 pagi itu, mangsa maut dikenali sebagai Mohd Iswad Ramli, 33, dari Felda Palong 8, Gemas, Negeri Sembilan dan seorang lagi tiada dokumen pengenalan diri.
Kedua-dua maut di tempat kejadian berikutan parah di kepala.

Ketua Polis Daerah Kampar, Superintendan Ng Kong Soon berkata, siasatan mendapati lori yang dipandu Mohd Iswad berhenti di lorong kecemasan kerana mengalami kerosakan pada tayar

"Sebuah lori lain datang dari arah belakang gagal mengawal kenderaan sebelum melanggar bahagian belakang kenderaan mangsa.


"Mohd Iswad yang berada di luar kenderaan untuk membuat pemeriksaan pada tayar lorinya terkena rempuhan itu dan meninggal dunia di tempat kejadian," katanya.

Beliau berkata, pemandu lori yang merempuh kenderaan yang dipandu Mohd Iswad turut maut akibat parah di kepala.

"Kedua-dua jenazah mangsa dibawa ke Hospital Kampar untuk bedah siasat.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 41(A) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya.
--Hmetro
Share this article :
 
Support : Creating Website | Besut GegerTemplate | Mas Template
Copyright © 2011. Besut Geger - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Besut Geger
Proudly powered by Blogger