Home » » Gempar,suri rumah terperanjat beg misteri dihalaman rumah

Gempar,suri rumah terperanjat beg misteri dihalaman rumah

Written By aku on Saturday 1 February 2014 | 10:23 am


Kapar  -  Seorang suri rumah berusia 53 tahun yang sedang membersihkan halaman rumahnya terkejut sejurus menemui sebuah beg sandang mengandungi sepucuk pistol bersama sembilan butir peluru, semalam.
Pistol jenis Barretta itu ditemui di halaman rumahnya di Batu 2, Jalan Kapar, kira-kira jam 9.30 pagi sebelum memaklumkannya kepada jiran yang menghubungi polis untuk tindakan susulan.
Difahamkan, suri rumah terbabit pada mulanya tidak menyedari kewujudan beg sandang hitam yang diletakkan di celah pokok bunga di hadapan rumahnya.
Namun, selepas beberapa minit membersihkan halaman rumahnya itu, dia terlihat beg sandang berwarna hitam di celah pokok bunga berkenaan, tetapi pada mulanya hanya menyangka ia hanya beg biasa.
Sumber berkata, suri rumah terbabit kemudian mengambil beg sandang berkenaan untuk dibuang, namun terkejut apabila melihat sehelai kain membalut sesuatu di dalamnya.
Beliau berkata, curiga dengan objek yang dibalut kain berkenaan, suri rumah berkenaan kemudian membuka balutan itu dan mendapati ia adalah sepucuk pistol.
“Terkejut dengan penemuan itu, seorang jirannya kemudian segera menghubungi polis.
“Siasatan mendapati pistol berkenaan adalah jenis Barretta dan terdapat satu kelopak peluru yang mengandungi sembilan butir peluru di dalamnya,” katanya,menurut sumber Kosmo.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Klang Utara Asisten Komisioner Mohamad Shukor Sulong ketika dihubungi mengesahkan penemuan senjata api berkenaan.
Share this article :
 
Support : Creating Website | Besut GegerTemplate | Mas Template
Copyright © 2011. Besut Geger - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Besut Geger
Proudly powered by Blogger