Home » » Model tutup bidaan jual dara di Internet

Model tutup bidaan jual dara di Internet

Written By aku on Saturday 1 February 2014 | 10:25 am


Brasilia – Wanita Brazil yang sudah empat kali cuba menjual daranya kepada pembida tertinggi di Internet akhirnya membatalkan hasratnya itu.
“Bidaan ditutup,” kata Catarina Migliorini kepada Huffington Post melalui emel.
Sebaliknya, Yahoo! Brazil melaporkan Catarina, 23, bercadang menyerahkan dirinya kepada pemenang bagi rancangan realiti ‘There’s Something About Catarina’ yang masih dalam peringkat perancangan di Brazil.
Bagi rancangan itu, 20 lelaki dari seluruh dunia akan bertanding untuk menjadi pasangan seks pertama Catarina selain memenangi hadiah AS$1 juta (RM3.3 juta).
Sebuah laman web diwujudkan untuk mencari calon bagi rancangan berkenaan.
Ini kali keempat Catarina berusaha meraih untung daripada menjual daranya.
Kali pertama dilakukan pada Oktober 2012 melalui dokumentari Australia ‘Virgins Wanted’ membabitkan bidaan di Internet.
Pemenangnya jutawan Jepun dikenali sebagai ‘Natsu’ dengan tawaran sebanyak $780,000 (RM2.6 juta).
Bagaimanapun, Catarina kemudian menarik diri kerana ragu-ragu mengenai ‘Natsu’ dan identiti sebenarnya selain mendakwa hampir ditipu pembuat dokumentari itu, lapor Agensi.
Share this article :
 
Support : Creating Website | Besut GegerTemplate | Mas Template
Copyright © 2011. Besut Geger - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Besut Geger
Proudly powered by Blogger