Home » » Selamat tiba di tanah air

Selamat tiba di tanah air

Written By aku on Saturday, 1 February 2014 | 10:32 am


PUTRAJAYA: "Kami gembira tiba di sini dan kami belum tahu hendak ke mana selepas ini," kata Aishah Azizul Raheem, 14, iaitu anak sulung pasangan warga Malaysia yang ditahan di Sweden.

Aishah bersama tiga adiknya, Ammar, 12, Adam, 11, dan Arif, 7, tiba dari Stockholm jam 7.04 pagi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Mereka pulang bersama Timbalan Menteri Luar Datuk Hamzah Zainuddin, seorang pegawai khas beliau dan seorang saudara keluarga itu.

Turut kelihatan, beberapa ahli keluarga empat beradik terbabit menyambut ketibaan mereka di KLIA
Pada masa sama, empat beradik terbabit akan dibawa bertemu isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor di kediamannya di Taman Duta, Kuala Lumpur pagi ini.


Sebelum ini, pasangan Malaysia, Azizul Raheem Awalludin iaitu kakitangan Tourism Malaysia di Stockholm dan isterinya Shalwati Nurshal, seorang guru sekolah menengah yang didakwa memukul anak mereka kerana tidak menunaikan solat ditahan pihak berkuasa Sweden di kediaman mereka pada 14 Disember tahun lalu.

Penahanan itu disebabkan undang-undang ketat Sweden yang melarang anak dihukum melalui fizikal walaupun tanpa membabitkan kecederaan.

Pihak pendakwaan memperoleh perintah Mahkamah Daerah Solna Jumaat bagi melanjutkan tahanan reman Shalwati dan suaminya Azizul sehingga 10 Feb ini bagi membantu siasatan dakwaan memukul tangan anak lelakinya.

Mereka direman sejak 18 Disember lalu, dan penahanan mereka sudah dilanjutkan sebanyak tiga kali.Tiada had penahanan reman di Sweden.
--HarianMetro
Share this article :
 
Support : Creating Website | Besut GegerTemplate | Mas Template
Copyright © 2011. Besut Geger - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Besut Geger
Proudly powered by Blogger