Home » » Hari Hijab Sedunia di Singapura dihentikan

Hari Hijab Sedunia di Singapura dihentikan

Written By aku on Tuesday, 4 February 2014 | 9:10 am


SHAH ALAM - Kempen Hari Hijab Sedunia (WHD) yang dijalankan di Singapura terpaksa diberhentikan setelah menerima tentangan daripada kerajaan negara itu.

Kempen yang diilhamkan Nazma Khan itu bertujuan untuk memberikan kesedaran serta bagi memberi ruang kepada masyarakat dunia khusunya yang bukan beragama Islam merasai sendiri pengalaman memakai hijab pada 1 Februari.

"Adalah sangat mendukacitakan apabila Hari Hijab Sedunia di Singapura telah dipaksa untuk diberhentikan setelah kumpulan tersebut menerima ugutan dan tentangan daripada kerajaan Singapura.

"Namun, tujuan Hari Hijab Sedunia hanyalah untuk menyebarkan pemahaman agama dan kesedaran ke arah keamanaan sedunia pada 1 Februari 2014," kata Timbalan Speaker Selangor, Nik Nazmi Nik Ahmad dalam satu kenyataan hari ini.

Tindakan mengecewakan kerajaan Singapura itu disifatkan satu diskriminasi terhadap orang Islam bertudung.

"Tindakan kerajaan Singapura mengugut dan menentang kumpulan WHD Singapura sangat mengecewakan kerana ini dengan jelas merupakan diskriminasi terhadap orang Islam yang bertudung dan usaha-usaha untuk menyebarkan pemahaman agama sesama walaupun kita tinggal di dalam komuniti yang pelbagai," katanya yang juga merupakan Adun Seri Setia.

Melalui sebuah akaun Facebook ‘World Hijab Day’, wanita-wanita dari seluruh dunia berkongsi pengalaman mereka ketika pertama kali memakai tudung.

Pelbagai kisah menarik hasil perkongsian itu termasuk sebahagian besar mereka merasakan dihormati dan tenang selepas mengenakan hijab.

Mrs Universe 2013, Carol Lee turut menyokong kempen itu dengan memakai hijab dan berharap wanita tidak akan didiskriminasi ketika memakai tudung.

“Wanita tak sepatutnya dikritik atau dianggap berbeza hanya kerana mereka memilih untuk memakai hijab. Orang dari kepercayaan lain patut belajar untuk menghormati itu,” katanya yang dipetik dari laman Facebook Hari Hijab Sedunia.

Akaun Facebook itu sudah mendapat lebih 68,000 ‘likes’ dan hampir 1,000 pemilik akaun Facebook bersetuju untuk menyertai kempen tersebut.
--Sinar
Share this article :
 
Support : Creating Website | Besut GegerTemplate | Mas Template
Copyright © 2011. Besut Geger - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Besut Geger
Proudly powered by Blogger