Home » » Ngeri, Lelaki mandi darah ditetak

Ngeri, Lelaki mandi darah ditetak

Written By aku on Tuesday, 11 February 2014 | 8:06 am


BINTANGOR –  Seorang lelaki berusia lingkungan 30′an dikejarkan ke hospital malam tadi akibat pendarahan yang teruk di bahagian tangan kanan dan kaki kiri akibat ditetak dengan objek yang tajam.
Mangsa yang sedang menjamu selera di sebuah kedai makan cina telah diserang oleh sekumpulan lelaki bersenjatakan parang.
Polis peronda tiba di tempat kejadian sejurus menerima panggilan dari orang awam.
Tetak1Darah mangsa dilihat memenuhi sebahagian lantai kedai. Kedai makan tersebut juga mengalami kerosakan akibat dari pertumpahan darah itu.
Motif penyerang masih tidak diketahui. Namun menurut saksi, ia berkemungkinan berpunca dari judi.
Pihak polis Meradong kini sedang menyiasat kes berkenaan, lapor My Media Hub.
Share this article :
 
Support : Creating Website | Besut GegerTemplate | Mas Template
Copyright © 2011. Besut Geger - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Besut Geger
Proudly powered by Blogger