Home »
Luar Negara
» Terkini :Tiga beradik maut ditembak, ibu hamil cedera
Terkini :Tiga beradik maut ditembak, ibu hamil cedera
Written By aku on Wednesday, 5 February 2014 | 12:17 pm
Narathiwat: Tiga beradik Muslim termasuk seorang kanak-kanak berusia tiga tahun ditembak mati manakala ibu mereka yang hamil cedera.
Jurucakap polis di wilayah Bacho Kolonel Pramote Promin berkata, tiga budak lelaki berusia tiga, lima dan sembilan tahun berkenaan ditembak ketika pulang daripada solat maghrib di sebuah masjid berhampiran rumah mereka.
Ibu dan ayah mereka turut ditembak namun terselamat.
Pramote bagaimanapun tidak dapat mengesahkan sama ada kematian berkenaan ada kaitan dengan pemberontakan terhadap pemerintahan negara itu.
“Kita perlu menunggu siasatan. Apapun, masyarakat mesti bersatu mengutuk perbuatan keji ini,” katanya.
Rumah keluarga itu ditembak bertubi-tubi mengakibatkan tiga kanak-kanak cedera sebelum meninggal dunia di hospital. - AFP
Labels:
Luar Negara