Home » » 131 nelayan darat terima elaun sara hidup

131 nelayan darat terima elaun sara hidup

Written By aku on Wednesday 15 July 2015 | 9:31 am


BESUT - Sebanyak 131 nelayan darat yang menjalankan aktiviti menangkap ikan di sungai dan tasik di Terengganu memperoleh elaun sara hidup sebanyak RM200 sebulan bermula Januari, kata Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Perladangan dan Komoditi negeri, Nawi Mohamad.
   
Menurutnya mereka ialah 48 nelayan darat dari Dungun, Kemaman (44), Setiu (14), Hulu Terengganu (11), Besut (9), Marang (4) dan seorang dari Kuala Nerus.
   
Katanya, mereka merupakan nelayan darat pertama yang memperoleh peruntukan daripada kerajaan pusat sejak ia diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada awal tahun ini.
   
"Sejumlah RM314,400 diperuntukkan oleh kerajaan pusat bagi pembayaran elaun berkenaan yang mana sejumlah RM1,000 tiap seorang telahpun dikreditkan ke dalam akaun bank penerima bagi tunggakan elaun dari Januari hingga Mei," katanya.

Beliau ditemui pemberita pada majlis penyampaian elaun kepada 23 penerima nelayan darat bagi daerah Besut dan Setiu di Pejabat Jabatan Perikanan Besut di Kuala Besut hari ini.
   
Nawi berkata, penerima di Terengganu itu merupakan 5.4 peratus daripada sejumlah 2,425 nelayan darat dari seluruh negara yang menerimanya pada tahun ini membabitkan peruntukan sebanyak RM12.5 juta. - Bernama
Share this article :
 
Support : Creating Website | Besut GegerTemplate | Mas Template
Copyright © 2011. Besut Geger - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Besut Geger
Proudly powered by Blogger