Home » » Wanita tersepit kereta dinaiki rempuh pokok sawit

Wanita tersepit kereta dinaiki rempuh pokok sawit

Written By aku on Sunday 16 August 2015 | 8:48 am


PANTAI REMIS - Seorang wanita tersepit, manakala rakannya berjaya diselamatkan orang awam dalam kemalangan di Batu 11, Jalan Segari, di sini, awal pagi semalam.

Kejadian kira-kira jam 3.30 pagi itu melibatkan sebuah kereta Proton Putra dinaiki Anuar Malik, 37, dan rakannya, Nurul Huda Abdullah, 30, yang terbabas sebelum merempuh pokok kelapa sawit.

Menurut sumber, kejadian itu berlaku apabila kereta dinaiki mangsa dari arah Pantai Remis menuju ke Seri Manjung terbabas sendiri.

Katanya, ketika kejadian cuaca baik namun kawasan gelap kerana tiada lampu jalan selain laluan selekoh kecil.

“Akibat pelanggaran itu, kedua-dua mangsa cedera ringan pada beberapa bahagian badan, termasuk luka dahi.

“Kedua-dua mangsa dibawa ke Hospital Seri Manjung untuk rawatan lanjut,” katanya.

Sementara itu, Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Pantai Remis, Amir Ahmad berkata, panggilan kecemasan diterima kira-kira jam 3.50 pagi sebelum mengerahkan enam anggota diketuai Penguasa Bomba II, Kamaruddin Ahmad ke tempat kejadian.

Menurutnya, bomba yang tiba di tempat kejadian kira-kira jam 4 pagi mendapati sebuah kereta terbabas merempuh sebatang pokok.

“Seorang mangsa wanita tersepit di tempat duduk penumpang, manakala mangsa lelaki telah berjaya dikeluarkan orang awam.

“Pihak bomba membantu mengeluarkan mangsa wanita dan kedua-dua mangsa diserahkan kepada hospital untuk rawatan lanjut,” katanya.
Share this article :
 
Support : Creating Website | Besut GegerTemplate | Mas Template
Copyright © 2011. Besut Geger - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Besut Geger
Proudly powered by Blogger