Home » » Chegu Bard Dedah Salah Guna Kuasa Azmin Ali

Chegu Bard Dedah Salah Guna Kuasa Azmin Ali

Written By aku on Wednesday 30 December 2015 | 12:31 am


Pendedahan demi pendedahan yang dibuat oleh Badrul Hisham Shahrin atau lebih dikenali dengan panggilan Chegu Bard yang mana lantang dengan penyelewangan dilakukan oleh Menteri Besar Selangor Yab Dato’ Seri Azmin Ali.
Chegu bard turut mendakwa memiliki dokumen bagi projek menaik taraf Pintu Gerbang Kota Darul Ehsan yang dianggarkan bernilai RM10 juta hanya untuk kerja-kerja mengecat sahaja.
Manakala yang terbaru tentang pendedahan balak yang bernilai RM45 juta nilai projek (kawasan balak hutan simpan) telah diserahkan kepada dua syarikat  tanpa proses tender ?
Hari ini beliau telah menghantar surat (serahan pos laju) kepada Pengarah Jabatan Hutan Selangor mengenai perkara ini. Beliau bertanggung jawab penuh atas perkara ini.
Tanpa tender ia adalah salah dan dia harus dihukum. Atau beliau perlu tampil mengesahkan maklumat mengenai ‘arahan khas’ yang dia dapat untuk memberikan kepada dua syarikat yang beralamat di Melaka dan Johor ini.
Sangat pelik antara syarikat yang mendapat kawasan pembalakan ini ialah sebuah syarikat yang perniagaannya dalam bidang ‘Beuty and Spa’. Selain dari Pengarah Jabatan Perhutanan Selangor wajar memberikan penjelasan, pihak Pejabat Menteri Besar Selangor juga harus tampil kerana maklumat yang kami perolehi cukup untuk mengaitkan kamu dalam perkara ini.
Beliau juga  menanti jawapan dan respon dalam masa 14 hari dari Pejabat Menteri Besar dan Jabatan
Share this article :
 
Support : Creating Website | Besut GegerTemplate | Mas Template
Copyright © 2011. Besut Geger - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Besut Geger
Proudly powered by Blogger