Home » » Permohonan BR1M 2016 ditutup Khamis ini

Permohonan BR1M 2016 ditutup Khamis ini

Written By aku on Wednesday 30 December 2015 | 12:24 am


KUALA LUMPUR: Orang ramai yang mahu memohon atau mengemas kini permohonan mendapatkan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2016 boleh berbuat demikian sekarang hingga Khamis ini.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata mereka yang berminat boleh berbuat demikian menerusi laman web https://ebr1m.hasil.gov.my atau mengisi borang di pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang berhampiran. “Permohonan ‪#‎BR1M2016‬ akan ditutup 31 Disember ini.
Sekiranya belum memohon atau mengemas kini, segera lakukan di https://ebr1m.hasil.gov.my/ atau dapatkan borang dan isi serta kembalikan di cawangan LHDN atau pusat khidmat hasil di UTC (Pusat Transformasi Bandar) berhampiran.
“Insya-Allah, sekiranya permohonan lengkap dan anda layak, pembayaran BR1M akan mula diberikan secara berperingkat pada 28 Januari 2016, ” katanya dalam kenyataan menerusi laman Facebooknya hari ini.
Share this article :
 
Support : Creating Website | Besut GegerTemplate | Mas Template
Copyright © 2011. Besut Geger - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Besut Geger
Proudly powered by Blogger