Home » » Hadapi lima pertuduhan rogol dua anak saudara

Hadapi lima pertuduhan rogol dua anak saudara

Written By aku on Thursday 31 December 2015 | 11:09 am


KOTA BHARU – Seorang pemadu jentolak mengaku tidak bersalah di mahkamah sesyen, di sini, tadi, terhadap lima tuduhan merogol dua anak saudaranya, antara Ogos dan November lalu.

Lelaki yang berusia 42 tahun terbabit didakwa merogol dua beradik berusia 16 dan 15 tahun berkenaan di rumah nenek mereka di alamat Kampung Banggol Pak Esah, Pasir Puteh.

Dia didakwa pada tiga tuduhan merogol mangsa yang berusia 15 tahun iaitu pertama dalam Ogos; kedua September dan ketiga Oktober, tahun sama. Ketiga-tiga kejadian masing-masing didakwa berlaku pada jam 7 hingga 8 pagi.

Sementara, dua lagi tuduhan rogol didakwa dilakukan terhadap mangsa yang berusia 16 tahun,  juga kali pertama pada Ogos dan kedua pada November.

Kejadian tersebut turut didakwa berlaku masing-masing pada jam 7 hingga 8 pagi.

Kelima-lima dakwaan dijalankan mengikut 376 (3) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara minimum lapan tahun dan maksimum 30 tahun serta sebat minimum 10 kali.

Pada prosiding berkenaan, Timbalan Pendakwa Raya negeri tidak mencadangkan sebarang jaminan susulan tuduhan serius yang dihadapi.

Kes ditetapkan untuk sebutan semula pada 31 Januari 2016 dan tertuduh akan ditahan sehingga prosiding seterusnya.
Share this article :
 
Support : Creating Website | Besut GegerTemplate | Mas Template
Copyright © 2011. Besut Geger - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Besut Geger
Proudly powered by Blogger