Home » » Terengganu haramkan vape mulai 1 Januari

Terengganu haramkan vape mulai 1 Januari

Written By aku on Wednesday 30 December 2015 | 8:45 pm


KUALA TERENGGANU - Kerajaan Negeri Terengganu mengharamkan penggunaan vape atau rokok elektronik di negeri ini bermula awal Januari tahun depan.

Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Osman Muda berkata, kerajaan negeri membuat keputusan itu selepas bersetuju dengan keputusan Majlis Fatwa Negeri Terengganu yang mengharamkan vape.

Katanya susulan keputusan itu juga, pihak kerajaan negeri akan mengadakan perjumpaan dan perbincangan dengan peniaga vape pada 3 Januari bagi memberi penerangan lebih terperinci.

Beliau berkata demikian dalam satu kenyataan di sini, hari ini. - Bernama
Share this article :
 
Support : Creating Website | Besut GegerTemplate | Mas Template
Copyright © 2011. Besut Geger - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Besut Geger
Proudly powered by Blogger