Home » » Chicken Chop RM3.90 dapat sambutan

Chicken Chop RM3.90 dapat sambutan

Written By aku on Monday, 8 February 2016 | 12:03 pm


JERTIH - Sebuah kedai makan yang menawarkan 'chicken chop' dengan harga RM3.90 sepinggan diserbu pelanggan dari jauh mahupun dekat selepas berita mengenai premis berkenaan dilaporkan Sinar Harian dalam ruangan Singgah Murah, minggu lalu.

Pemilik premis, Azizani Ab Ghani, 44, berkata, sejak disiarkan, jumlah pelanggan ke kedainya meningkat beberapa kali ganda.

Menurutnya, ada pelanggan dari Machang, Kelantan yang datang ke kedainya semata-mata untuk menikmati dan melihat sejauh mana 'chicken chop' yang dijual dengan harga serendah itu.

“Alhamdulillah, mereka berpuas hati dengan set menu tersebut yang turut dilengkapi kentang goreng, mayones dan sos lada hitam dengan resipi istimewa,” katanya yang mengusahakan perniagaan tersebut di tepi bangunan pasar raya pantai timur di bandar Jertih.

Menurut bekas anggota TLDM itu lagi, walaupun mengenakan harga rendah, tetapi dia tidak mengambil mudah mengenai kelazatan makanan yang dijual.

“Saiznya sedikit kecil daripada 'chicken chop' yang mahal, tetapi sudah memadai walaupun untuk orang dewasa. Saya tawar harga tersebut bagi memastikan orang ramai mampu menikmati makanan ini, apatah lagi dalam keadaan ekonomi sekarang,” katanya, semalam.
Share this article :
 
Support : Creating Website | Besut GegerTemplate | Mas Template
Copyright © 2011. Besut Geger - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Besut Geger
Proudly powered by Blogger