Home » » DCA nafi MH149 hilang dari radar

DCA nafi MH149 hilang dari radar

Written By aku on Wednesday 24 February 2016 | 12:21 pm


KUALA LUMPUR - Jabatan Penerbangan Awam (DCA) hari ini menafikan khabar angin kononnya pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH149 yang berlepas dari Kuala Lumpur ke Melbourne, Australia malam tadi telah hilang dari radar dan tidak dapat dikesan.  

Ketua Pengarah DCA Datuk Seri Azharuddin Abdul Rahman berkata pesawat berkenaan yang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 10.07 malam tadi telah selamat mendarat di Melbourne pada 8.21 pagi waktu tempatan (5.21 pagi waktu Malaysia).  

"Ia merupakan satu laporan palsu yang tidak bertanggungjawab dan boleh mencetuskan keresahan kepada awam," katanya ketika dihubungi Bernama, di sini, hari ini.  

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai maklumat di laman sosial bahawa pesawat MH149 telah hilang dari radar. - Bernama
Share this article :
 
Support : Creating Website | Besut GegerTemplate | Mas Template
Copyright © 2011. Besut Geger - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Besut Geger
Proudly powered by Blogger