Home » » Nahas CN235: Nelayan lemas ketika cuba selamatkan mangsa

Nahas CN235: Nelayan lemas ketika cuba selamatkan mangsa

Written By aku on Friday 26 February 2016 | 3:12 pm


KUALA SELANGOR: Seorang nelayan meninggal dunia ketika mahu membantu menyelamatkan mangsa pesawat CN235 milik TUDM yang mendarat cemas di pantai Kuala Selangor, pagi tadi. Mangsa dikenali sebagai Hasan, 57, dipercayai lemas selepas cuba berenang untuk menyelamatkan mangsa. Sumber berkata, mangsa antara nelayan terawal yang melihat kejadian. "Mangsa mencari

kerang di pesisir laut ni. Ketika cuba menyelamatkan mangsa, dia terjerlus di kawasan lumpur. "Dia hanya ditemui selepas air surut oleh pasukan penyelamat," katanya. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Supritenden Ruslan Abdullah, mengesahkan perkara itu. "Dia meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke hospital," katanya.


Share this article :
 
Support : Creating Website | Besut GegerTemplate | Mas Template
Copyright © 2011. Besut Geger - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Besut Geger
Proudly powered by Blogger