Home » » Biadap letak muka Zahid pada gambar anjing Pemuda UMNO Terengganu Buat Laporan Polis

Biadap letak muka Zahid pada gambar anjing Pemuda UMNO Terengganu Buat Laporan Polis

Written By aku on Friday 26 February 2016 | 12:22 pm


Satu laporan polis telah dibuat oleh Pemuda UMNO Negeri Terengganu berhubung gambar yang diedit bagi menghina Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi. Ketuanya, Mohd Johari Abu Bakar berkata, laporan dibuat agar pihak polis membuka siasatan terhadap Doris Jones yang telah memuat naik gambar itu di laman sosial miliknya.

 Beliau berkata, laporan itu bagi memberi pengajaran kepada Doris supaya tidak melakukan penghinaan kepada pemimpin negara. “Dengan laporan ini, diharapkan agar pihak polis serta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengambil tindakan lebih tegas kepada Doris Jones kerana kita tidak mahu perkara ini berulang. “Sekarang ini kita tengok mereka boleh buat sesuka hati di laman sosial termasuk menghina pemimpin merosakkan akhlak masyarakat,” katanya.

 Beliau ditemui pemberita selepas melakukan laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu, hari ini.
 manakala The malaysian insider melaporkan  Sebanyak 25 laporan polis dibuat penyokong Umno terhadap seorang pemilik akaun Facebook kerana memuat naik gambar ubah suai Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berbadan anjing.

Laporan dibuat oleh kumpulan dinamakan Kelab Naib Ketua Bahagian Umno 1Malaysia kerana tindakan itu didakwa “kurang ajar” dan menimbulkan kemarahan ramai.

"Kita desak agar pihak berkuasa, kerajaan menyemak status kerakyatan pengguna tersebut sama ada masih berada dalam negara atau luar negara.

“Kami pohon pihak berkuasa mengambil tindakan tegas seperti melucutkan kerakyatan dan sebagainya. Ini satu penghinaan," kata pengerusinya Datuk Anuar Mohd Yunus.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas membuat laporan polis di ibu pejabat polis daerah (IPD) Dang Wangi, Kuala Lumpur, hari ini.

Beliau pada masa sama menyeru seluruh 191 Umno bahagian tampil melakukan perkara sama dengan membuat laporan polis di kawasan masing-masing sebagai bantahan terhadap tindakan itu.


Share this article :
 
Support : Creating Website | Besut GegerTemplate | Mas Template
Copyright © 2011. Besut Geger - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Besut Geger
Proudly powered by Blogger