Home » » PAS Sekarang Tiada Visi Yang Lebih Jauh, Kata Bekas Ketua Muslimat Pusat

PAS Sekarang Tiada Visi Yang Lebih Jauh, Kata Bekas Ketua Muslimat Pusat

Written By aku on Wednesday 24 February 2016 | 12:08 pm


Bekas Ketua Muslimat PAS Pusat, Ustazah Jamilah Ibrahim berkata, ahli dan penyokong PAS tertipu dengan slogan ‘perubahan’ dan ‘harapan’ yang dibawa kepimpinan PAS hari ini, padahal hakikatnya hari ini parti itu tidak mampu membawa perubahan besar kepada rakyat.

Beliau yang bergelumang selama 18 tahun sebagai Ketua dan Nabi Ketua Muslimat PAS Pusat dibawah kepimpinan Tuan Guru Haji Yusuf Rawa dan Ustaz Fadhil Noor sebagai Presiden berkata, pendekatan PAS hari ini bukan sahaja tidak meyakinkan ‘orang lama’ dalam PAS, malah ditolak oleh ahlinya sendiri secara terbuka atau senyap.

“Bila kemunculan krisis yang berlaku 2014, krisis yang melanda minda ahli PAS, Mak Lah (Jamilah) nampak kepimpinan PAS yang ada sekarang tiada visi yang lebih jauh,” katanya dalam satu sedutan video yang dikeluarkan oleh Parti Amanah Negara, semalam.

Kata bekas Ahli Dewan Negara itu, beliau tidak senang dengan kepimpinan PAS hari ini kerana menyempitkan perjuangan Islam yang sebenar.

“Sedang itu global, Islam itu mudah dan Islam itu menarik minat. Tapi, melihat kepada cara, kewibawaan yang tidak boleh meyakinkan, Mak Lah duduk diam saja lah,” ujarnya.
Share this article :
 
Support : Creating Website | Besut GegerTemplate | Mas Template
Copyright © 2011. Besut Geger - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Besut Geger
Proudly powered by Blogger