Home » » PRU14 : PAS Akan Lawan Raja Bahrin Di Parlimen Kuala Terengganu

PRU14 : PAS Akan Lawan Raja Bahrin Di Parlimen Kuala Terengganu

Written By aku on Wednesday 24 February 2016 | 11:26 am


PAS tetap akan bertanding di kerusi Parlimen Kuala Terengganu berdepan Pengerusi Amanah Terengganu, Dato’ Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad.

Pesuruhjaya PAS Terengganu, Satiful Bahri Mamat berkata, walaupun Parlimen tersebut sudah menjadi kerusi Amanah berikutan tindakan penyandangkan Raja Bahrin menyertai parti baharu itu, beliau menjelaskan PAS tidak akan memberi ruang kepada parti lain merampas kerusi tersebut pada PRU akan datang.

“Kita menang dalam PRU yang lalu, yang dia (Raja Bahrin) lari itu, dia punya pasal dan PAS akan tetap bertanding di Parlimen Kuala Terengganu (pada PRU14),” katanya.

Beliau berkata sempena Majlis Perasmian Pejabat Penyelaras Parlimen PAS Kuala Terengganu dan Dewan Himpunan Penyokong PAS Kawasan Kuala Terengganu di Jalan Banggol, baru-baru ini.

Sementara itu kata ADUN Paka itu, berhubung kerusi DUN Bandar yang dimenangi PKR pada PRU13 lalu, pihaknya sedia mempertimbangkan semula penyertaan PAS di kerusi tersebut.

“Kita tidak akan bagi BN menang percuma. Secara tradisi PAS lawan BN (di Terengganu)… Lagipun PAS pernah menang kerusi DUN Bandar,” katanya.
Share this article :
 
Support : Creating Website | Besut GegerTemplate | Mas Template
Copyright © 2011. Besut Geger - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Besut Geger
Proudly powered by Blogger