Home » » Penagih wanita Kelantan meningkat

Penagih wanita Kelantan meningkat

Written By aku on Monday 15 February 2016 | 11:09 am


KOTA BHARU - Hampir 25 peratus penagih wanita di Pusat Narkotik Wanita (Puspen) Bachok berasal dari Kelantan dan angka tersebut menunjukkan satu pertambahan dari tahun sebelumnya.

Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Azizan Ariffin berkata, tahun ini sahaja seramai 51 orang pelatih wanita dari negeri ini menghuni pusat berkenaan berbanding tahun sebelumnya hanya 44 pelatih dari 300 pelatih keseluruhannya.

Azizan berkata, kebanyakan wanita berkenaan terlibat dalam penyalahgunaan dadah jenis sintetik (pil kuda).

“Lebih mengejutkan di pusat itu juga terdapat penghuni wanita termuda yang berusia 12 tahun.

“Ia jelas menunjukkan ancaman dadah menjadi masalah besar kepada masyarakat hari ini khususnya yang tinggal di kawasan pantai iaitu berlatar belakang keluarga nelayan dan juga pedalaman.

Terdahulu beliau merasmikan Program Jelajah AADK sempena Hari Antidadah Kebangsaan (AADK) Peringkat Negeri Kelantan tahun 2016 di Pasaraya KB Mall di sini, semalam.

Azizan berkata, Kelantan merupakan negeri keenam daripada daripada 12 negeri yang terlibat dalam siri jelajah berkenaan yang bermula sejak 11 Februari lalu hingga 17 Februari nanti.

Siri jelajah berkenaan merupakan strategi AADK bagi menyampaikan maklumat untuk membanteras dadah secara habis-habisan selain mendidik masyarakat dalam memerangi gejala tidak sihat itu.

Sementara itu, Pengerusi Skuad 1Malaysia, Datuk Abdul Aziz Derashid berkata, perkara itu akan dibangkitkan dan diselesaikan secara bersama dengan kerajaan negeri dalam sidang Dun kelak tanpa mengira ideologi politik.

Share this article :
 
Support : Creating Website | Besut GegerTemplate | Mas Template
Copyright © 2011. Besut Geger - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Besut Geger
Proudly powered by Blogger