Home » » Sekolah Rendah Imtiaz Akan Di Wujudkan Tahun Ini

Sekolah Rendah Imtiaz Akan Di Wujudkan Tahun Ini

Written By aku on Monday 15 February 2016 | 11:03 am


SEBERANG TAKIR - Kerajaan negeri bercadang untuk bekerjasama dengan Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT) bagi mewujudkan sekolah rendah imtiaz pada tahun ini.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman, perbincangan khusus akan dibuat bersama jabatan berkenaan dalam masa terdekat, membabitkan penggunaan bilik darjah di sekolah yang tidak digunakan.

“Kita dalam proses menyiapkan kertas cadangan kepada JPNT untuk memohon menggunakan bilik darjah yang kosong di mana-mana sekolah sekitar Kuala Terengganu bagi menempatkan murid terlibat.

“Tujuan kita memperkenalkan sekolah ini untuk mengurangkan beban ibu bapa yang bekerja. Apabila sekolah ini diwujudkan nanti, kita akan tempatkan mereka di sekolah yang sama dengan waktu bekerja ibu bapa mulai jam 8 pagi hingga 5 petang,” katanya.

Beliau berkata demikian sebaik menyempurnakan perasmian Mesyuarat Agung Persatuan Ibu Bapa dan Guru serta Penyampaian Bantuan Sekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kompleks Seberang Takir, semalam.

Menurut Ahmad Razif, buat permulaan, Kuala Terengganu akan dipilih sebagai projek perintis bagi sekolah rendah imtiaz yang akan menjadi penyambung kepada sekolah menengah imtiaz.

“Jika projek ini berjalan seperti yang dirancang, kerajaan akan sedia kelengkapan tambahan seperti bilik untuk mandi dan makan tengah hari.

“Kita harap dengan terlaksana hasrat ini, akan membantu menyelesaikan dilema ibu bapa yang bekerja kerana berdepan masalah untuk menempatkan anak yang bersekolah,” katanya.

Ahmad Razif berkata, pengenalan sekolah rendah imtiaz itu turut menjadi penyumbang kepada sekolah menengah imtiaz apabila murid yang cemerlang dapat meneruskan pengajian di sekolah berkenaan
Share this article :
 
Support : Creating Website | Besut GegerTemplate | Mas Template
Copyright © 2011. Besut Geger - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Besut Geger
Proudly powered by Blogger