Home » » Anggota tentera ditemui tergantung di pokok

Anggota tentera ditemui tergantung di pokok

Written By aku on Monday 21 March 2016 | 2:06 pm


JERTIH - Seorang anggota tentera berpangkat koperal ditemui mati tergantung di sebatang pokok di kawasan Hospital Besut di sini pagi ini.

Ketua Polis Daerah Besut, Superintenden Khaled Che Lah berkata, mayat mangsa ditemui oleh seorang kakitangan hospital tersebut kira-kira jam 8 pagi ini sebelum menghubungi polis.

Mangsa yang berusia 39 tahun bertugas di sebuah kem tentera di Pangkalan Chepa, Kota Bharu, Kelantan berada di kawasan hospital itu kerana menunggu bapanya yang sedang dirawat sebuah wad hospital berkenaan.

Menurutnya, mangsa yang lengkap berpakaian ditemui tergantung dengan seutas dawai pada pokok mangga di belakang wad hospital berkenaan.

Khaled berkata, mangsa berasal dari Felda Selasih di sini dan punca kematian masih dalam siasatan polis
Share this article :
 
Support : Creating Website | Besut GegerTemplate | Mas Template
Copyright © 2011. Besut Geger - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Besut Geger
Proudly powered by Blogger