Home » » Usaha Naik Taraf IQT Kepada Kolej Berjalan Lancar

Usaha Naik Taraf IQT Kepada Kolej Berjalan Lancar

Written By aku on Sunday 20 March 2016 | 1:03 am


Kerajaan negeri menggerakkan pelbagai usaha untuk menaikkan taraf Institut al-Quran Terengganu (IQT) Padang Midin sebagai Institusi Pendidikan Tinggi Swasta bertaraf kolej yang membolehkan program pengajian peringkat diploma dilaksanakan tidak lama lagi.

IQT yang kini dikenali Kolej Al-Quran Terengganu menerusi  kelulusan perakuan pendaftaran oleh  Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) pada 23 Disember lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Tugas-Tugas Khas Negeri, Ghazali Taib, berkata langkah menaiktaraf IQT bertaraf kolej termasuk membuat unjuran bilangan program pengajian yang akan ditawarkan.

“Usaha itu temasuk membuat unjuran bilangan pelajar dan bilangan pensyarah.

“Kita juga sedang menambahbaik prasarana di Kampus IQ Padang Midin untuk memenuhi keperluan semasa dan akan datang, selain melantik pensyarah dan pegawai serta kakitangan sokongan selaras dengan usaha menaiktaraf pusat pengajian ini,”katanya.

Ghazali berkata, kolej  itu juga akan menjalin kerjasama akademik dengan universiti tempatan seperti  Universiti Sultan Zainal Abidin dan Universiti Teknologi Mara dan juga universiti luar negara seperti Universiti Islam Madinah, Arab Saudi dan Universiti Al-Imam Muhammad Ibn Saud, Riyadh, Arab Saudi).

Tambahnya, pihaknya turut menyediakan pelan perancangan strategik dan pelan pembangunan  fizikal.

“Pada masa yang sama, mereka juga  merangka keperluan kewangan dan menyediakan bajet,  pelan pemasaran serta sistem maklumat berkomputer selain memberikan kursus mahupun latihan kepada kakitangan,”katanya.

Dalam laporan sebelum ini, beliau berkata kolej berkenaan bakal melaksanakan dua program pengajian peringkat diploma apabila mendapat kelulusan daripada Agensi Kelayakan Malaysia (MQA), tidak lama lagi.

“Program pengajian itu, Diploma Tahfiz al-Quran dan Qiraat serta Diploma Tahfiz al-Quran dan Bahasa Arab kini dalam proses penilaian panel penilai MQA . Kursus itu masing-masing  melibatkan pengambilan pertama seramai 30 pelajar.

“Diploma berlainan dan seterusnya sehingga peringkat ijazah akan dilaksanakan secara beperingkat-peringkat sebaik kelengkapan pengajian dan tenaga pengajar mencukupi,”katanya.
Share this article :
 
Support : Creating Website | Besut GegerTemplate | Mas Template
Copyright © 2011. Besut Geger - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Besut Geger
Proudly powered by Blogger