Home » » CEO MARA buat laporan polis terhadap Rafizi

CEO MARA buat laporan polis terhadap Rafizi

Written By aku on Sunday 20 March 2016 | 1:00 am


KUALA LUMPUR: Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan Pelaburan MARA Berhad, Nazim Rahman, membuat laporan polis terhadap Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli danPusat Pemantauan dan Pendedahan Maklumat Kebangsaan (NOW) hari ini berikutan dakwaan kenyataan fitnah.

Ia susulan tindakan Rafizi dan NOW mengaitkan namanya dalam transaksi hartanah MARA Inc Sdn Bhd di Australia, tahun lalu.

Nazim berkata, dakwaan itu terutama kenyataan Rafizi disifatkan tidak beretika kerana menggunakan taktik 'memetik nama' tanpa mempedulikan kebenaran dan keadilan kepada pihak difitnah.

Beliau mendakwa, Rafizi lebih mementingkan kelangsungan kerjaya politik peribadinya berbanding menegakkan keadilan.

"Saya terpaksa mengambil tindakan ini bagi melindungi reputasi saya apabila dia mengitar semula tuduhan itu dan membangkitkan perkara sama dalam ucapan di Parlimen," katanya ketika ditemui pemberita selepas membuat laporan di Balai Polis Dang Wangi di sini, petang ini.

Sebagai anggota kerja Pelaburan MARA Berhad (PMB), Nazim mendakwa tidak pernah terbabit dalam apa-apa keputusan syarikat MARA itu.

"PMB dan MARA Inc adalah syarikat berbeza yang mempunyai struktur tadbir urus dan pengurusan serta lembaga pengarah tersendiri.

"MARA Inc bukan anak syarikat PMB yang membolehkan saya mempengaruhi apa-apa keputusan di syarikat itu," katanya.
Share this article :
 
Support : Creating Website | Besut GegerTemplate | Mas Template
Copyright © 2011. Besut Geger - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Besut Geger
Proudly powered by Blogger