Home » » Pakatan Harapan Ibarat Nabi – Lawak Suhaizan

Pakatan Harapan Ibarat Nabi – Lawak Suhaizan

Written By aku on Wednesday 9 March 2016 | 9:07 pm


Dari Sumber: PAN muncul membuat dakwaan karut apabila menyamakan Pakatan Harapan yang turut dianggotai parti DAP itu ibarat nabi-nabi Allah S.W.T menentang golongan kufur satu waktu dahulu.

Setiausaha Organisasi PAN, Suhaizan Kaiat berkata, nabi-nabi menentang Firaun, Namrud dan Abu Jahal, manakala Pakatan Harapan yang didominasi DAP pula menentang UMNO dan Barisan Nasional (BN).

“Nabi Musa lawan Firaun, Nabi Ibrahim lawan Namrud, Nabi Muhamad lawan Abu Jahal dan Abu Lahab dan Pakatan Harapan lawan UMNO-BN.

“Bukan zamannya Pakatan Harapan lawan Firaun atau Namrud atau Abu Jahal atau Abu Lahab,” dakwanya dalam akaun Facebook beliau baru-baru ini.

Suhaizan yang juga bekas Ketua Pemuda PAS dalam pada itu berkata, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Mohamad Sabu dan Lim Kit Siang pernah ditahan dibawah Akta Keselamatan Dalam Negara (ISA).

Dakwa beliau, keluarga mereka pernah terseksa teruk di bawah pemerintahan zalim Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai Perdana Menteri. Bagaimanapun, katanya, hal itu tidak menjadi isu untuk ketiga-tiga mereka kini menjalin kerjasama dengan Mahathir untuk menumbangkan UMNO.

Kepada Suhaizan, Aakj mohon maaf di atas tajuk yang dikatakan tersasar dan di sini Aakj mohon saudara Suhaizan jelaskan apa maksud sebenarnya yang dimaksudkan di dalam artikel Mynewshub tersebut.

Tajuk saya dah ubah dan sekiranya tajuk yang terbaru ini juga dikatakan tersasar, saya mohon Suhaizan ulang semula kenyataan tentang "perumpamaan" tersebut. Jahat sangatkah UMNO BN sehingga dilabelkan sebegitu rupa?
BERITA SEPENUHNYA DISIN 
Share this article :
 
Support : Creating Website | Besut GegerTemplate | Mas Template
Copyright © 2011. Besut Geger - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Besut Geger
Proudly powered by Blogger