Home » » PAN cabar PAS bentuk kerajaan baru di Terengganu

PAN cabar PAS bentuk kerajaan baru di Terengganu

Written By aku on Wednesday, 23 March 2016 | 11:02 am


KUALA LUMPUR: Parti Amanah Negara (PAN) hari ini mencabar PAS Terengganu menarik sekurang-kurangnya dua wakil rakyat daripada Umno-Barisan Nasional (BN) untuk membentuk satu kerajaan baru.

Pengerusi PAN Terengganu, Datuk Raja Kamarul Bahrin Raja Ahmad berkata sekiranya tindakan itu berjaya dilakukan oleh Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, ia sekaligus melenyapkan tanggapan parti Islam itu kini kononnya bersama Umno-BN.

Bukan itu sahaja, PAN membayangkan bekas menteri besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said tidak akan kekal di dalam Umno-BN selepas mengusulkan undi tidak percaya terhadap penyandangnya, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman.

Selepas membangkitkan usul itu 8 Mac lalu, dimaklumkan segala peruntukan kerajaan negeri terhadap Ahmad Said, yang juga ADUN Kijal telah ditarik balik.

'Kegusaran' dikalangan pembangkang Terengganu yang mahu Dewan Undangan Negeri (DUN) dibubar berasaskan kemungkinan kedudukan Umno-BN dan PAS seri 16 kerusi.

Umno-BN pada waktu ini memperolehi 17 kerusi, PAS 16 kerusi dan PKR pula satu kerusi.

Sementara itu Pengarah Komunikasi PAN, Khalid Samad mahu PAS bertindak agresif dan membuktikan ia tidak menyokong Umno-BN.

"PAS ini di mana? Adakah bersama Umno atau pembangkang? Ini adalah peluang keemasan menzahirkan pendirian dan membuktikan tidak bersama Umno.

"PAS kena bersama ADUN PKR dan dalam masa yang sama bertindak membuat keputusan sama asa untuk membubarkan DUN atau runding dengan ADUN Umno-BN untuk tambah penyokong dan membentuk kerajaan baru," katanya.

Sebelum ini PAS mengambil pendirian berkecuali dalam isu cadangan usul undi tidak percaya terhadap Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman.

Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata parti itu tidak terlibat dengan gerakan Ahmad yang mencadangkan usul itu di DUN Terengganu.
Share this article :
 
Support : Creating Website | Besut GegerTemplate | Mas Template
Copyright © 2011. Besut Geger - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Besut Geger
Proudly powered by Blogger