Home » » Terkini Serpihan Boeing 777 ditemui, mungkin MH370?

Terkini Serpihan Boeing 777 ditemui, mungkin MH370?

Written By aku on Thursday 3 March 2016 | 9:34 am


MOZAMBIQUE - Serpihan objek pesawat Boeing 777 yang berkemungkinan MH370 ditemui hujung minggu lalu di pantai Mozambique, kata seorang pegawai Amerika Syarikat kepada CNN.

Bagaimanapun serpihan berkenaan telah dibawa ke Malaysia untuk pemeriksaan lanjut.

Difahamkan, objek berkenaan adalah penstabil mendatar pesawat.

Sejak tragedi MH370 pada 8 Mac 2014 lalu, tiada laporan pesawat Boeing lain yang dilaporkan hilang.

Pesawat yang dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing itu membawa 239 penumpang termasuk dua bayi dan 12 anak kapal.


Belum dapat disahkan bahawa objek yang  ditemui di Mozambique ialah milik MH370, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata.


UPDATED --
Beliau berkata Jabatan Penerbangan Awam (DCA) kini bekerjasama dengan rakan sewatannya dari Australia untuk memindahkan serpihan tersebut.  

"Saya menyeru semua pihak supaya mengelak daripada membuat sebarang spekulasi kerana kami belum dapat mengesahkan bahawa serpihan itu ialah milik MH370 ketika ini," kata beliau dalam laman Twitter malam tadi.  

Tiong Lai mengulas laporan media antarabangsa bahawa objek yang dijumpai di beting pasir di Terusan Mozambique mungkin serpihak dari pesawat Boeing 777, dan sedang diperiksa oleh para penyiasat yang menjejaki MH370 yang hilang.  


"Ia belum dapat disahkan@dca_malaysia sedang bekerjasama dengan rakan dari Australia untuk mengeluarkan serpihan itu," kata Tiong Lai.

MH370 membawa 239 penumpang dan krew apabila ia dilaporkan hilang dari imbasan radar ketika dalam penerbangan ke Beijing dari Kuala Lumpur pada 8 Mac, 2014.

Pada 29 Julai tahun lepas, serpihan yang dijumpai di Pulau Reunion di Lautan Hindi telah dihantar ke Perancis untuk dianalisis.  

Pada 6 Ogos tahun lepas, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengesahkan bahawa serpihan itu ialah milik MH370, dan usaha diteruskan bagi mencari pesawat tersebut. - Bernama
Share this article :
 
Support : Creating Website | Besut GegerTemplate | Mas Template
Copyright © 2011. Besut Geger - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Besut Geger
Proudly powered by Blogger