Home » » Video Saya Fitnah Najib, Rosmah Bunuh Altantya Sebab Tekanan - Balu P Balasubramaniam

Video Saya Fitnah Najib, Rosmah Bunuh Altantya Sebab Tekanan - Balu P Balasubramaniam

Written By aku on Saturday 12 March 2016 | 7:40 pm


Kuala Lumpur – Balu kepada mendiang P Balasubramaniam, penyiasat persendirian tampil membuat permohonan maaf kepada Datuk Seri Najib Tun Razak dan isteri, Datin Seri Rosmah Mansor hari ini.

A Santamil Selvi yang juga saksi kepada kes pembunuhan Altantuya itu berkata terpengaruh dengan hasutan masyarakat sekeliling.

“Tujuan saya pada hari ini ialah ingin memofon maaf secara terbuka khususnya kepada Perdana Menteri dan ahli keluarganya bagi pihak saya dan mediang suami saya atas segala kesulitan dan kesusahan atas fitnah semua pihak berkaitan dengan penglibatan mendiang suami atas atas pembunuh Altantuya.

“Saya juga menjelaskan saya dan suami telah tertipu dengan segala janji-janji yang diberikan oleh indidvidu tertentu” katanya di dalam sebuah sidang media bertempat di pejabat Persatuan Minda Sosial Prihatin (PMSP) sebentar tadi.

Ujarnya lagi, permohonan maaf yang dilakukannya hari ini tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak.

Selvi turut menyatakan kesediaannya untuk bertemu dengan Perdana Menteri dan isteri bagi menyampaikan permohonan maaf terhadap kenyataan-kenyataan fitnah yang pernah dikeluarkannya sebelum ini.

PI Bala meninggal dunia ketika di dalam perjalanan ke hospital selepas mengalami serangan jantung pada tahun 2013.

Susulan kematian PI Bala itu, Selvi dilihat pernah mengeluarkan kenyataan fitnah dengan menyebut, “Rosmah Punca Bala (suami) Mati”.



Read more http://www.kualalumpurpost.net/balu-pi-bala-mohon-maaf-kepada-najib-rosmah/
Share this article :
 
Support : Creating Website | Besut GegerTemplate | Mas Template
Copyright © 2011. Besut Geger - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Besut Geger
Proudly powered by Blogger