Home » » Berjaya dipindah dengan bantuan Rambai, Abot

Berjaya dipindah dengan bantuan Rambai, Abot

Written By aku on Wednesday, 6 April 2016 | 9:00 pm


BESUT -  Seekor gajah liar jantan yang ditangkap renjer Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) S di Kampung Kelekok, Seberang La, Hulu Besut di sini Selasa lalu berjaya dipindahkan pagi ini.

Ketua Unit Gajah Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan (PKGK), Nasaruddin Othman berkata, kerja memindahkan gajah yang dianggarkan berusia 13 tahun itu dilakukan oleh 25 kakitangan Perhilitan dari PKGK, Kuala Ganda ,Temerloh, Pahang dan Terengganu dibantu dua gajah denak betina bernama Rambai dan Abot.

Menurutnya lagi, usaha memindahkan  gajah yang ditambat pada pokok durian dan rambutan itu bermula jam 9 pagi dan selesai kira-kira  3 jam kemudian.

"Gajah jantan itu berjaya ditangkap di kampung itu selepas usaha untuk menangkapnya dilakukan sejak 29 Februari lalu.
"Gajah tersebut sebelum ini dilaporkan sering memasuki kawasan kampung dan penempatan antara dekat Sungai Lah, penempatan Orang Asli Sungai Sayap dan kampung ini.

"Sementara dua gajah denak tersebut dibawa khas dari PKGK pada pagi semalam," katanya kepada pemberita ketika ditemui di lokasi pemindahan gajah itu tadi.

Nasaruddin berkata lagi, gajah tersebut merupakan yang kesembilan berjaya ditangkap dan pindahkan di Semenanjung Malaysia dalam tempoh 1 Januari tahun ini sehingga hari ini dan merupakan  yang pertama ditangkap di  negeri ini dalam tempoh sama.

Menurutnya, gajah tersebut yang dimuatkan di dalam lori khas akan dilepaskan bebas di kawasan Taman Negara Tasik Kenyir.
Share this article :
 
Support : Creating Website | Besut GegerTemplate | Mas Template
Copyright © 2011. Besut Geger - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Besut Geger
Proudly powered by Blogger