Home » » MH17: Dapat bukti baru

MH17: Dapat bukti baru

Written By aku on Wednesday 6 August 2014 | 12:56 pm


Kuala Lumpur – Pihak penyiasat memperoleh imej rakaman dan bukti baru kewujudan trak model Volvo yang dikesan membawa sistem peluru berpandu BUK sejurus pesawat MH17 ditembak jatuh.
Agensi media Dailymail.Uk dipetik berkata, bukti yang juga petunjuk utama itu boleh mengaitkan pemberontak pro-Russia berikutan pemilik kenderaan itu mendakwa kumpulan pemberontak merampas trak itu sembilan hari sebelum kejadian.

Pemilik trak Volvo berwarna putih berasal dari Wilayah Donetsk mengenal pasti kenderaan itu miliknya dan mendakwa ia digunakan pemberontak untuk menembak pesawat MH17 pada 17 Julai lalu.
Rakaman itu yang diperoleh polis Ukraine menunjukkan imej sistem peluru berpandu BUK pada trak Volvo diseludup keluar dari timur Ukraine pada awal pagi 18 Julai, sehari selepas tragedi pesawat MH17.
Berita di laman web Lithuanian mendedahkan pemilik trak dikenali sebagai Vasiliy itu memberitahu agensi perisikan Barat memperoleh imej pergerakan trak miliknya itu.
Laman web itu berkata, Vasiliy kini saksi baru untuk jenayah dahsyat berkenaan, lapor Hmetro.
Share this article :
 
Support : Creating Website | Besut GegerTemplate | Mas Template
Copyright © 2011. Besut Geger - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Besut Geger
Proudly powered by Blogger