Home » » Dua Lelaki Ditahan, 11 Rangka Motor Curi Ditemui

Dua Lelaki Ditahan, 11 Rangka Motor Curi Ditemui

Written By aku on Thursday 6 August 2015 | 3:38 pm


BESUT - Polis menemukan rangka 11 motosikal curi di dalam sebuah tali air susulan penahanan dua lelaki di kediaman masing-masing di Kampung Gong Penaga pada Isnin.
Ketua Polis Daerah Besut Supt Khaled Che Lah berkata hasil soal siasat, kedua-dua suspek mengaku melakukan jenayah curi motosikal dan seorang daripadanya mengaku melakukan jenayah itu di Kota Baharu, Kuala Terengganu dan Kuala Lumpur.
"Kedua-dua suspek mengaku membuang rangka motosikal yang dicuri ke dalam tali air berdekatan kampung mereka setelah mengambil komponen penting untuk dijual.
"Susulan itu kita kerahkan penyelam ke kawasan berkenaan bagi mengeluarkan komponen dan rangka motosikal dibuang ke dalam tali air sedalam kira-kira dua meter," katanya pada sidang media di sini hari ini.
Beliau berkata, seorang daripada lelaki itu didapati positif dadah jenis Methamphetamine.
Katanya suspek yang masing-masing berumur 22 dan 21 tahun kini direman untuk siasatan. - Bernama
Share this article :
 
Support : Creating Website | Besut GegerTemplate | Mas Template
Copyright © 2011. Besut Geger - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Besut Geger
Proudly powered by Blogger