Home » » Kerabat Diraja Terengganu umum keluar Pas

Kerabat Diraja Terengganu umum keluar Pas

Written By aku on Tuesday 4 August 2015 | 9:24 am


KUALA TERENGGANU - Kerabat Diraja Terengganu, Tengku Seri Paduka Raja Tengku Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Ismail Nasiruddin Shah yang sebelum ini menyertai Pas sejak tiga tahun lalu merasakan hala tuju perjuangan parti Islam itu tidak lagi kondusif lantas mengumumkan keluar dari parti itu.

Beliau yang lebih dikenali sebagai Tengku Paduka atau Ku Duka berkata strategi yang dimainkan Pas tidak mencerminkan kematangan ke arah memperkuatkan parti bersama rakan-rakan seangkatan dalam pakatan pembangkang.

"Rakyat dapat melihat bagaimana ahli-ahli profesional Pas dalam Pakatan Rakyat (PR) berhujah begitu lantang dalam Parlimen bagi memperkatakan satu-satu isu.

Mereka ini berpengalaman dan memperoleh kelantangan berhujah namun malangnya mereka ini disingkir dalam Muktamar Pas baru-baru ini. Ini amat  mendukacitakan ramai pihak.

"Sebagai seorang Islam benar saya sokong perjuangan ulama dalam Pas tapi dari segi politiknya kita mesti cari jalan bagi kita bekerjasama dan berdamping sesama kita untuk memperkuatkan jentera PR bagi menempuh PRU ke-14 akan datang," katanya pada sidang media di kediamannya di Batu Burok di sini hari ini.

Ditanya sama ada kenyataannya seperti menjurus ke arah senada dengan Harapan Baharu, Tengku Ibrahim yang merupakan bapa saudara kepada Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin, berkata peletakan jawatannya tiada kaitan dengan Harapan Baharu namun beliau sedia mempertimbangkan menyertai  gerakan progresif itu.  

"Buat masa ini saya mahu berehat mencari tujuan. Saya akan menunggu dan mengikuti perkembangan hala tuju Harapan Baharu kerana ketika ini Harapan Baharu  belum ditubuhkan sebagai parti politik," katanya.

Beliau turut mengakui telah didatangi wakil Harapan Baharu namun menyatakan tiada sebarang keputusan untuk menyertai Harapan Baharu buat masa ini.

Tengku Ibrahim pernah menjadi Pengerusi Perhubungan Parti Melayu Semangat 46 dan menang dalam PRU ke-lapan pada 1990 serta menjadi Adun selama sepenggal.

Setelah Semangat 46 dibubarkan pada Mei 1996, beliau kembali menyertai Umno sebelum mengisytiharkan keluar Umno serta menjadi ahli Pas pada 2012 dan sekali lagi mengisytiharkan berundur dari menjadi ahli Pas hari ini. - Bernama ------themalaysianinsider Berikutan tindakan PAS Kuala Terengganu menamatkan hubungan dengan ahli Parlimennya Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad, seorang kerabat diraja negeri itu, Tengku Seri Paduka Raja Ibrahim Ismail mengambil tindakan meninggalkan parti itu hari ini. Pengumuman keluar PAS oleh Raja Ibrahim yang juga bekas pengerusi Semangat 46 Terengganu itu dibuat pada satu sidang media khas di kediamannya pagi ini. Ia merupakan satu tamparan hebat kepada PAS yang selama ini berbangga dengan penyertaan bapa saudara kepada Sultan Terengganu itu ke dalam PAS menjelang pilihan raya umum 2013 lalu. Usaha PAS Kuala Terengganu melalui yang dipertuanya Wan Sukairi Wan Abdullah yang datang memujuk beliau agar tidak keluar, sebelum pengumuman itu dibuat, gagal. "Saya rasa pucuk pimpinan PAS tidak mempunyai hala tuju yang jitu dan keazaman untuk memperkuatkan parti selepas muktamar lalu," kata Raja Ibrahim pada sidang medianya merujuk muktamar tahunan PAS ke-61 awal Jun lalu. Raja Kamarul Bahrin, seorang arkitek terkenal di Kuala Terengganu, adalah juga salah seorang dari keluarga diraja Terengganu yang bertanding atas tiket PAS buat pertama kalinya dalam pilihan raya umum lalu. Menurutnya, tulisan seorang pemimpin PAS Terengganu, Dr Azman Ibrahim, melalui laman Facebook yang memberi amaran agar jangan diadakan program Gerakan Harapan Baru (GHB) di Besut 31 Julai lepas, juga menjadi antara punca kenapa Raja Ibrahim bertindak sedemikian hari ini ini. Dalam posting Facebook itu, Dr Azman menulis, Besut adalah negeri “republik” dan meminta semua pihak berhati-hari apabila membuat program di sana kerana dikhuatiri akan "bertelur di atas dahi." Ia dipercayai menimbulkan rasa tidak puas hati kerabat diraja Terengganu itu dan Raja Kamarul Bahrin sendiri. Dr Azman ketika dihubungi berkata, beliau bergurau sahaja ketika menulis status itu dan tidak berniat mengugut sesiapa tetapi sekadar menceritakan sikap orang Besut sahaja. Raja Kamarul Bahrin ketika bercakap dengan The Malaysian Insider memaklumkan, budaya politik PAS di Terengganu yang tidak pandai berkawan dan "keras dalam perhubungan" akan menyebabkan PAS tidak akan berkembang. Beliau yang masih sedih dengan tindakan PAS Kuala Terengganu memutuskan hubungan dengannya berkata, beliau belum lagi menerima pelantikan sebagai penyelaras GHB Terengganu, namun tindakan sudah diambil. "Namun dengan tindakan ini, ia memaksa saya untuk bersama mereka dan saya akan membuat yang terbaik untuk GHB. "Walaupun berat hati untuk menerimanya kerana ada orang lain yang lebih baik, saya akan berbuat dengan sepenuh hati," katanya yang kini diboikot PAS ekoran pengumuman yang dibuat GHB dalam majlis di Besut hujung bulan lalu itu. Raja Kamarul Bahrin berkata, antara majlis yang cuba diboikot PAS adalah majlis sambutan Hari Raya beliau bersama ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Burok baru-baru ini. "Namun, Alhamdulillah sambutan sangat memuaskan dari orang ramai. "Kami sedia makanan untuk 4,000 orang namun majlis yang bermula jam 11 pagi kehabisan makanan pada jam 12.15 tengahari dan terpaksa ditambah kerana orang yang sangat ramai hadir," kata beliau. – 3 Ogos, 2015. - See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/selepas-pas-kuala-terengganu-putus-hubungan-dengan-kerabat-tengku-paduka-ke#sthash.StCVyt6r.dpuf
Share this article :
 
Support : Creating Website | Besut GegerTemplate | Mas Template
Copyright © 2011. Besut Geger - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Besut Geger
Proudly powered by Blogger