Usah salah guna media sosial
Written By aku on Sunday, 17 January 2016 | 10:57 am
Serdang: Rakyat di negara ini dinasihati tidak menyalahgunakan media sosial untuk tujuan negatif.
Ini termasuk mempersenda antara satu dengan lain hingga menjejaskan perpaduan berbilang kaum.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata semua pihak perlu memastikan ke arah pembinaan negara dan bangsa yang benar-benar bersatu padu dan progresif sebagaimana falsafah gagasan 1Malaysia.
Katanya, beliau mahu bukan saja sikap toleransi antara masyarakat berbilang bangsa, malah menghomati antara satu dengan lain.
"Sikap hormat menghormati ini bukan saja dalam kehidupan harian kita, malah dalam semua media khususnya dalam media sosial.
“Kita tidak boleh menggunakan media sosial untuk mempersenda. Kita bukan saja perlu memastikan masyarakat patuh kepada undang-undang negara tetapi juga semua usaha ke arah memperkukuhkan perpaduan sebenar dilakukan," katanya ketika berucap merasmikan pembukaan Wisma Gabungan Pertubuhan Cina Malaysia (Huazong) di sini, hari ini.
Beliau berkata, pembinaan wisma berkenaan yang bernilai RM85 juta akan menjadi mercu tanda sekali gus serta memudahkan urusan membabitkan masyarakat Cina dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang berkaitan dengannya.
"Syabas dan tahniah saya ucapkan kepada ahli jawatankuasa Huazong di bawah kepimpinan Presidennya Tan Sri Pheng Yin Huah kerana menunaikan janji membina sebuah bangunan segak dan indah bagi masyarkat Cina di Malaysia.
"Malah, bangunan ini dilengkapi dewan yang dapat menampung 150 meja untuk jamuan makan dan auditorium yang dapat menampung 500 tetamu," katanya.
Hadir sama Presiden MCA Datuk Seri Liow Tiong Lai, Presiden Gerakan Datuk Mah Siew Keong dan Penasihat Kehormat Huazong Tan Sri Dr Jeffrey Cheah.
Najib dalam pada itu turut mengumumkan kerajaan akan menyumbang RM3 juta lagi kepada dana Huazong yang masih kurang RM12 juta.
Sebelum ini, kerajaan menyalurkan RM5 juta bagi pembinaan wisma berkenaan pada 2011.
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/107807#sthash.nonDunsU.dpuf
Related Articles
Labels:
Semasa